Senin, 02 Juli 2012
teknik bernafas
Berbagai teknik pernafasan
Ada berbagai teknik pernafasan yang sudah
saya ketahui. Di bawah ini adalah teknik2
pernafasan oleh Tenaga Dalam Asma’ul
husna;
1 – Menurut jalan keluar / masuk nafas;
a) Pernafasan hidung – iaitu bernafas
keluar masuk udara melalui hidung sahaja.
b) Pernafasan hidung & mulut – tarik nafas
melalui hidung dan hembus melalui mulut.
2 – Menurut tempat penampungan nafas;
a) Pernafasan perut – tenaga nafas diarah
dan dipusatkan ke dalam perut tepatnya di
bawah pusat, hingga perut kembung
sedikit.
b) Pernafasan dada – nafas masuk hingga
ke dada iaitu dada sahaja yang kembang
manakala perut tidak.
3 – Menurut ritma pernafasan;
a) Pernafasan perlahan – bernafas semakin
lambat iaitu sedikit demi sedikit udara
masuk adalah lebih baik.
b) Pernafasan cepat
4 – Menurut posisi pernafasan;
a) Pernafasan setempat – bernafas ketika
pegun iaitu sama ada duduk, berdiri atau
baring.
b) Pernafasan gerak – bernafas yang
disertai jurus2 tertentu.
Ada perguruan yang mengajar agar
bernafas melalui hidung dan menghembus
melalui mulut. Ada yang kata itu sebaiknya,
tetapi ada pula yang kata itu tidak penting.
Ada juga yang mengamalkan bernafas 3
kali kemudian yang terakhirnya baru
hembus melalui mulut. Pendapat2 tentang
ini sahaja dah cukup banyak dan saya pun
tak pasti yang mana terbaik.
Kebiasaannya, seimbang (balance)
dititikberatkan, iaitu masa menarik nafas,
menahan dan menghembus itu mestilah
seimbang. Sebagai contoh tarik nafas
selama 7 saat, tahan selama 7 saat dan
hembus selama 7 saat dan tahan balik
sebelum menarik nafas juga selama 7 saat.
Lagi lama kadar masa yang diambil lagi
bagus tetapi menurut kemampuan
masing2. Saya harap ada yang dapat
menerangkan lebih lanjut mengapa
keseimbangan itu penting dan apa
fungsinya pada organ2 tubuh?
Ada juga yang mengajar Power breath, di
mana cara menarik nafas nya tidak lembut
dan perlahan2 seperti kebanyakan latihan2
yoga. Tetapi cara menarik nafas dengan
Power breath adalah dengan sedaya upaya
sedalam2 yang boleh, begitu juga
menghembusnya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar